Langkau ke kandungan utama
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Asyura

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam)

2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa (Imam Nawawi kata segala dosa kecil) setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:

سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة

Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih

3.  Bagi yang tidak berkesempatan puasa Tasu'a (9hb Muharam), masih lagi berpeluang melaksanakan puasa Asyura pada keesokan hari (10hb Muharam bersamaan hari Selasa 10hb Sept.).

Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:

a)  Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura  (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).

b)  Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.

c)  Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.

09hb September 2019
09hb Muharam 1441H

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dakwah maksud hidup

Laporan jemaah penanti di Italy

Laporan jemaah penanti di italy. Dengan nama allah swt dan selawat dan salam utk nabi saw. Alhamdulilah kami 4 orang dari penanti,1 org dari ipoh dan 1 org dari selama.setelah buat usaha di Semenyih 20 hari (2 cilah) kami bertolak dari kul ke italy pada 31 july. Setelah menempuh perjalanan selama 17 jam maka kami sampai di Milan italy.alhamdullah segalanya dipermudahkan oleh allah swt. Dari tarikh surat ini ditulis kami telah berada DI italy selama 21 hari.selama 21 hari bergerak kami telah pergi kami telah dibawa di dua kelompok iaitu kelompok Lambodia dan Emilia Romagna.walaupun ini bukalah nieh route yg di muzakarahkan namun kami terpaksa angkur supaya tidak timbul masalah dgn otj disini. Italy di pecahkan kepada 5 kelompok (manteca) dan setiap kelompok di pecahkan kepada 7@8 halakah.Lebih kurang 90% daripada keseluruhan manteca adalah berpihak ke nizamuddin. Pada umumnya kerja masjid/mengajak org kemasjid agak lemah.banyak lagi masjid yg tidak boleh iktikaf dan langsung tiada...
Amalan Harian Syeikh Bhai Haji Abdul Wahab rah. menganjurkan kepada mereka yang membuat Usaha Agama dan umat agar... YANG PERTAMA: LAA ILAAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNII KUNTU MINAZ ZOLIMIN Dibaca 300x sehari atau Dibaca 1000x sehari Fadhilah: Dimudahkan untuk cari tasykilan, dimudahkan untuk gerakkan umat dalam dakwah dan Allah akan selesaikan masalah infiradi dan ijtima’i YANG KEDUA: HASBUNALLAHI WA NI’MAL WAKIL 313x sehari Fadhilah : Allah akan robah asbab musibah jadi rahmat dan asbab kebinasaan jadi kemuliaan YANG KETIGA: SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL ‘ADZIM ASTAGHFIRULLAH Dibaca 100x di antara waktu azan dan iqamat salat subuh Fadhilah: Dunia akan datang kepada pembacanya dalam keadaan menunduk. YANG KEEMPAT: Masuk rumah ucapkan SELAWAT 3x AL IKHLAS 3x Fadhilah: Dimudahkan untuk bayar hutang, asbab ketenteraman diri dan keluarga, dan ekonomi akan dimudahkan. YANG KELIMA: Sesudah Solat Jumaat bacalah AL FATIHAH 7x AL IKHLAS 7x A...