Langkau ke kandungan utama

Hadis nabi

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jujur ke Syurga Berdusta ke Neraka

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Daripada Abdullah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur hingga ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan menghantar kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta." (HR Bukhari No: 5629) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim dituntut memiliki sifat kejujuran dalam setiap amal dan perbuatan.

2.  Orang yang jujur akan sentiasa melakukan kebaikan dan amal soleh.

3.  Sifat jujur yang dimiliki secara berterusan akan menjadi tabiat kebiasaan yang akhirnya membentuk akhlak kepada seseorang

4.  Sifat jujur akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang Muslim di dunia menjadi orang yang soleh dan menuju ke syurga.

5.  Sifat dusta dan berbohong yang dimiliki akan mendorong seseorang kepada kejahatan.

6.  Sifat dusta dan bohong yang menjadi kebiasaan secara berterusan kepada seseorang, akhirnya akan membentuk tabiat dan akhlak yang buruk.

7.  Sifat dusta akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang ke neraka. Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepda orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta (Mukmin: 28).

14hb September 2019
14hb Muharam 1441H

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dakwah maksud hidup

Laporan jemaah penanti di Italy

Laporan jemaah penanti di italy. Dengan nama allah swt dan selawat dan salam utk nabi saw. Alhamdulilah kami 4 orang dari penanti,1 org dari ipoh dan 1 org dari selama.setelah buat usaha di Semenyih 20 hari (2 cilah) kami bertolak dari kul ke italy pada 31 july. Setelah menempuh perjalanan selama 17 jam maka kami sampai di Milan italy.alhamdullah segalanya dipermudahkan oleh allah swt. Dari tarikh surat ini ditulis kami telah berada DI italy selama 21 hari.selama 21 hari bergerak kami telah pergi kami telah dibawa di dua kelompok iaitu kelompok Lambodia dan Emilia Romagna.walaupun ini bukalah nieh route yg di muzakarahkan namun kami terpaksa angkur supaya tidak timbul masalah dgn otj disini. Italy di pecahkan kepada 5 kelompok (manteca) dan setiap kelompok di pecahkan kepada 7@8 halakah.Lebih kurang 90% daripada keseluruhan manteca adalah berpihak ke nizamuddin. Pada umumnya kerja masjid/mengajak org kemasjid agak lemah.banyak lagi masjid yg tidak boleh iktikaf dan langsung tiada...
Amalan Harian Syeikh Bhai Haji Abdul Wahab rah. menganjurkan kepada mereka yang membuat Usaha Agama dan umat agar... YANG PERTAMA: LAA ILAAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNII KUNTU MINAZ ZOLIMIN Dibaca 300x sehari atau Dibaca 1000x sehari Fadhilah: Dimudahkan untuk cari tasykilan, dimudahkan untuk gerakkan umat dalam dakwah dan Allah akan selesaikan masalah infiradi dan ijtima’i YANG KEDUA: HASBUNALLAHI WA NI’MAL WAKIL 313x sehari Fadhilah : Allah akan robah asbab musibah jadi rahmat dan asbab kebinasaan jadi kemuliaan YANG KETIGA: SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL ‘ADZIM ASTAGHFIRULLAH Dibaca 100x di antara waktu azan dan iqamat salat subuh Fadhilah: Dunia akan datang kepada pembacanya dalam keadaan menunduk. YANG KEEMPAT: Masuk rumah ucapkan SELAWAT 3x AL IKHLAS 3x Fadhilah: Dimudahkan untuk bayar hutang, asbab ketenteraman diri dan keluarga, dan ekonomi akan dimudahkan. YANG KELIMA: Sesudah Solat Jumaat bacalah AL FATIHAH 7x AL IKHLAS 7x A...